Blog untuk bekas-bekas pelajar Mackian 1980-81
Mack's International Academy of Arts and Sciences di Toronto, Ontario, Kanada
Email 1: mackians1980@yahoo.com
Email 2: mackians1980@hotmail.com

Thursday, 2 August 2007

Che Nor Wan Faridah Che Wan Putra meninggal

Adalah dengan rasa duka cita dimaklumkan bahawa rakan kita, Che Wan Nor Faridah bt Che Wan Putra telah meninggal dunia di rumahnya di Shah Alam pada hari Jumaat 27 Julai, 2007 lalu kerana mengidap penyakit kanser payudara.

Difahamkan Allahyarham baru sahaja selamat melahirkan anaknya yang ke-5 kira-kira 35 hari sebelum itu.

Selepas sama-sama di Mack Academy di Toronto, Ontario di Kanada, Allahyarham melanjutkan pelajaran ke University of Western Ontario (UWO) di London, Ontario.

Difahamkan Allahyarham bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum kembali ke rahmatullah.

Berikut notis yang diterima berhubung kepulangan ke rahmatullah Wan Faridah:

"Dimaklumkan bahawa isteri kepada Prof Madya Rahidzab Talib Timbalan Pengarah (Perancangan & Kolaboratif ICT) PSMB, Che Wan Nor Faridah binti Che Wan Putra telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 27 Julai 2007. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Hasnah Abd Jabar
Penolong Pendaftar
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu, UiTM"

Al-Fatihah

TERKINI >> Baru terima info daripada Sofie Ismail (Proton):
Alamat rumah Allahyarham: 1 Jalan Jambu Susu 4/3C, Shah Alam (Belakang Sekolah Raja Muda Shah Alam) - rumah corner

2 comments:

Radzi said...

Assalamualaikum,

Her time has come. Ours will soon coming, surely it's around the corner already.

Saya rasa beliau di University Of Western Ontario. Bukan Ontario Western...

For those who still around, be prepared. We will be next. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Che Wan, terimalah dia bersama-sama hamba-hamba Mu yang bergembira di sisi Mu....

Wassalam.

Radzi
x-UofGuelph...

Anonymous said...

selepas 20 tahun berpisah, bila lagi kita nak berjumpa...takkan semasa kematian seseorang aje