2667 Kipling Avenue

Blog untuk bekas-bekas pelajar Mackian 1980-81
Mack's International Academy of Arts and Sciences di Toronto, Ontario, Kanada
Email 1: mackians1980@yahoo.com
Email 2: mackians1980@hotmail.com

Wednesday, 8 August 2007

Perjumpaan Hari Raya 1999

Satu perjumpaan @ reunion telah diadakan pada 16 Februari, 1999 lalu sempena hari Raya Aidilfitri pada tahun tersebut.

Perjumpaan itu telah diadakan di 23 Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku antara jam 10 pagi hingga 2 petang.

Sejumlah 31 orang bekas pelajar Mack's International Academy of Arts & Science, Toronto telah menghadiri perjumpaan sederhana lagi meriah itu.

Antara mereka yang hadir ialah Ahmad Marzuki, Ahmad Nasaruddin Mohd Amin, Norain Mohd Ali, Amir Hamzah, Aminah Abdul Malik, Asma Saad, Hamdan Husori Hj. Samad, Badiuzzain Zainal Abidin, Gamal Nasir Mohd Ali, Ghazlan Ghazali, Ismail Badiuzzaman, Mohd Radzi Ibrahim, Mohd Razali Suliman, Mohd Rozain Yahya dan Noraini A. Aziz.

Turut hadir ialah Mohd Salmi Mohd Sohod, Siti Nadzrah bt Sheikh Omar, Mohd Shaari Omar, Rosnani Ismail, Mohd Sofie Ismail, Noor Aini Othman, Hj. Adzhar Sulaiman, Osman Hassan, Mawarni Hassan, Shamsaimun Mat, Siti Soraya Yusuf, Mohd Sufian Abd Karim, Tengku Azhar Tengku Kasim, Tuan Ab Rashid Tuan Abdullah, Zulkifli Jamal dan Zulkifli Othman.

Perjumpaan tersebut berakhir dengan sesi fotografi sebagai mengabadikan perjumpaan penuh kenang-kenangan itu.


TERKINI >> Sila lawat URL ini untuk melihat lebih banyak gambar:
http://cid-b5057f0458f0b9ed.skydrive.live.com/browse.aspx/Macks1999?ct=photos
- Terima kasih kepada Ir Tuan Rashid Tuan Abdullah.

Friday, 3 August 2007

Reunion Selepas 25 Tahun??

Kali terakhir sebahagian besar daripada kita bertemu sesama lain ialah kira-kira 25 tahun yang lalu. Ketika itu, kita masih di Humberview Apartment di 2667 Kipling Avenue pada 1981 sebelum kita semua meninggalkan Grade 13 dan memulakan pengajian di IPT masing-masing di dalam dan di luar Kanada.

Sebelum ini, telah
diusahakan satu reunion kecil di rumah Tuan Rashid Tuan Abdullah, masa itu di Kuala Lumpur pada Februari 1999.

Sebahagian besar yang hadir adalah rakan-rakan yang bertugas dengan TNB. Meriah juga.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita membuat reunion yang lebih besar. Sambutan Hari Raya Aidilfitri pun tidak lama lagi dengan permulaan Ramadan disebut-sebut pada 13 September ini. Ada cadangan??

Mungkin kita boleh anjurkan "potluck" -- bawa makanan dan minuman sendiri dan kemudian dikumpul dan dikongsi beramai-ramai. Mungkin ada di antara kita yang sudah bertaraf hartawan dan jutawan, maka boleh taja perjumpaan kecil?? Mungkin rakan-rakan yang ada atau biasa membuat open house boleh membuat jemputan terbuka.

Mungkin rakan-rakan di TNB atau LHDN (kerana ramai yang bertugas dengan GLC-GLC ini) boleh menggerakkan sesuatu, yang kemudian disusuli rakan-rakan lain.

Jom fikirkan

P/S: Untuk cari lebih banyak gambar boleh lawat URL ini:
http://www.toronto.ca/torontomaps/index.htm

Thursday, 2 August 2007

Che Nor Wan Faridah Che Wan Putra meninggal

Adalah dengan rasa duka cita dimaklumkan bahawa rakan kita, Che Wan Nor Faridah bt Che Wan Putra telah meninggal dunia di rumahnya di Shah Alam pada hari Jumaat 27 Julai, 2007 lalu kerana mengidap penyakit kanser payudara.

Difahamkan Allahyarham baru sahaja selamat melahirkan anaknya yang ke-5 kira-kira 35 hari sebelum itu.

Selepas sama-sama di Mack Academy di Toronto, Ontario di Kanada, Allahyarham melanjutkan pelajaran ke University of Western Ontario (UWO) di London, Ontario.

Difahamkan Allahyarham bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum kembali ke rahmatullah.

Berikut notis yang diterima berhubung kepulangan ke rahmatullah Wan Faridah:

"Dimaklumkan bahawa isteri kepada Prof Madya Rahidzab Talib Timbalan Pengarah (Perancangan & Kolaboratif ICT) PSMB, Che Wan Nor Faridah binti Che Wan Putra telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 27 Julai 2007. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Hasnah Abd Jabar
Penolong Pendaftar
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu, UiTM"

Al-Fatihah

TERKINI >> Baru terima info daripada Sofie Ismail (Proton):
Alamat rumah Allahyarham: 1 Jalan Jambu Susu 4/3C, Shah Alam (Belakang Sekolah Raja Muda Shah Alam) - rumah corner

Pangkalan data Ex-Mackians 1980-81

Sila hantar maklumat terkini mengenai diri anda ke e-mel blogspot ini -- mackians1980@yahoo.com atau mackians1980@hotmail -- agar pangkalan data yang sedia ada dapat dikemaskinikan.

Sila nyatakan:
1. Alamat rumah:
2. Alamat kerja:
3. Pekerjaan:
5. Nombor telefon rumah:
6. Nombor telefon bimbit:
7. E-mel:

Jangan lupa kalau boleh sertakan juga data mengenai:
1. Nama suami/isteri:
2. Bilangan anak:
3. Nama-nama anak:

Kepada mereka yang ada maklumat, sila juga maklumkan mengenai rakan-rakan kita yang telah kembali ke rahmahtullah seperti Che Nor Wan Faridah Che Wan Putra, Zainuddin Paisol dan Mohd Azmy Mustafa.

Diharapkan blog ini dapat menjadi wahana (medium) penghubung antara kita selepas terpisah lebih 20 tahun.